Tuesday, 28 May 2013

Katak Puru??

Assalamualaikum...


saya mengenali buah ini dengan panggilan katak puru dari kecil lagi..
ingat lagi kat belakang rumah ada satu pokok yang sangat lebat, sekarang dah kena tebang.
yang ni pokoknya masih baru, ada kat tepi rumah..
kalau dulu saya tak sabar menunggu buahnya besar, berisi dan hampir masak..
cara makannya , paling simple cicah je dengan garam kasar.
kalau rajin, dan sesekali kalau teringin cicah dengan cuka yang dicampur garam, gula, kicap, belacan dan cili padi hihihi



kalau kat kedah ni saya pernah dengar ada orang panggil buah ni dengan nama nam nam..
dah lama saya tak makan buah ni.. bukan tak de, tapi tak teringin hihi
banyak juga benda yang saya sangat suka makan zaman kecik2 dulu, tapi sekarang tekak dah tak boleh nak telan.. tak tahu pulak kenapa...


Sunday, 26 May 2013

Bawah jambatan Pulau Pinang

Assalamualaikum...


dalam perjalanan ke Sg. Ara , sempat lagi tukang gambar menyusur masuk ke tempat ni.
dia saja nak ngetest.. saya dalam kereta yang kecut perut..
walaupun ramai kat depan tu orang duk memancing...

Saturday, 25 May 2013

Mulberi Sulung

Assalamualaikum...


Bersiaran dari Pulau Pinang ( Sg. Ara ).. lewat petang semalam bertolak ke sini sebab esok ada kenduri di Balik Pulau rumah mertua kakak. Hari ni nak berkongsi gambar pokok dan buah mulberi yang saya oder keratan batangnya dengan en.Iskandar.. alhamdulillah, sebatang je yang mati.. 2 batang tealh saya alihkan ke tanah, sebatang bawak balik kampung untuk ma dan yang berbuah ni masih lagi dalam pasu.. insyaAllah akan dialihkan juga ke tanah satu hari nanti..


sebatang ni ada 7 biji buah mulberi.. tapi sebenarnya dah tinggal 3 biji.. semuanya dah ranum semasa saya tinggalkan semalam. lupa nak petik.. yang dah perik hari tu rasanya agak masam juga walaupun buahnya dah ranum kehitaman. mmm agaknya kalau ditabur atas pavlova mesti sedap hihi

sebenarnya ni kali pertama saya lihat buah mulberi depan mata secara live.. sebelum ni tengok dalam internet je , apatah lagi nak merasa buahnya kan? mudah-mudahan pokok yang saya tanam ni akan hidup subur dan berbuah lebat juga.


buahnya sangat cantik.. selain letak atas pavlova, letak atas tart buah pun menawan juga kan?
tunggu hasil seterusnya lah nak buat hiasan pavlova dan tart ye..

Sunday, 19 May 2013

3A's

assalamualaikum...


3A's...
Auni , Ali dan Athif..
kebanyakan orang yang 1st time jumpa ali pasti menyapa, laki ke pompuan??
agak sukar nak potong rambutnya..
depan tu lewat petang semalam berjaya ditrim masa dia lena tidur..
si kakak dah potong sedikit pendek hari Rabu lepas..

petang tadi bawak diorang semua pergi taman mainan depan rumah tu..
1st time bawak keluar Athif ke sini..
balik dari nurseri, menyusu sekejap..
pastu bila diletak je dalam stroller tu, terus lena sampai sekarang..



pergi je taman mainan, tp budak2 ni tak nak main pun..
lari sana sini , usik daun semalu..
si kakak tak nak lepaskan stroller si adik.
suka tengok gambar kat bawah ni.. hihi lupa pulak apa benda yang diceritakan oleh ali :)



BUNGA KUCAI

Assalamualaikum...




bunga kucai bergambar kenangan sebelum dicantas..
sayang nak buang, tapi terpaksa juga untuk menggalakkan pertumbuhan daunnya..




Friday, 17 May 2013

our first post :)

assalamualaikum..

post pertama untuk blog ini..
insyaAllah.. kami akan kongsikan sesuatu yang bermanfaat untuk pembaca yang singgah..