Saturday, 25 May 2013

Mulberi Sulung

Assalamualaikum...


Bersiaran dari Pulau Pinang ( Sg. Ara ).. lewat petang semalam bertolak ke sini sebab esok ada kenduri di Balik Pulau rumah mertua kakak. Hari ni nak berkongsi gambar pokok dan buah mulberi yang saya oder keratan batangnya dengan en.Iskandar.. alhamdulillah, sebatang je yang mati.. 2 batang tealh saya alihkan ke tanah, sebatang bawak balik kampung untuk ma dan yang berbuah ni masih lagi dalam pasu.. insyaAllah akan dialihkan juga ke tanah satu hari nanti..


sebatang ni ada 7 biji buah mulberi.. tapi sebenarnya dah tinggal 3 biji.. semuanya dah ranum semasa saya tinggalkan semalam. lupa nak petik.. yang dah perik hari tu rasanya agak masam juga walaupun buahnya dah ranum kehitaman. mmm agaknya kalau ditabur atas pavlova mesti sedap hihi

sebenarnya ni kali pertama saya lihat buah mulberi depan mata secara live.. sebelum ni tengok dalam internet je , apatah lagi nak merasa buahnya kan? mudah-mudahan pokok yang saya tanam ni akan hidup subur dan berbuah lebat juga.


buahnya sangat cantik.. selain letak atas pavlova, letak atas tart buah pun menawan juga kan?
tunggu hasil seterusnya lah nak buat hiasan pavlova dan tart ye..

1 comment:

Iskandar Ab Rashid said...

Cantik. Saya buat jem. Tapi kena tanam banyak sedikit sebab untuk 1 bajang jem saya guna 2 cawan buah mulberi.