Friday, 28 June 2013

3a's : 02

assalamualaikum...

dah lama pulak tak berupdate blog ni.. bukan senang nak uruskan 2 blog sekaligus kan..
akhirnya... dua2 semacam tak dihiraukan disebabkan kesempitan masa..
hmm... bab masa, memang selalu GAGAL hihi

ATHIF :




  • mata bolat macam kakaknya.. sampaikan bila ditunjukkan gambar athif, ada yang tanya : ni auni kan??
  • berat badan sekarang macam susut je.. mungkin disebabkan dia tak berapa nak minum kat nurseri.. masih sukar nak biasakan dengan botol..
  • alhamdulillah.. masih fully breasfeed budak kecik ni.. dah masuk 5 bln ni terfikir jugak nak start bagi dia makan nestum
  • alhamdulillah juga, kulitnya terutama kat belakang telinga dan leher dah ok.. ibunya kena pantang jugak dari ambik daging dan telur.. selagi terdaya, ibunya cuba lah hihihi maklum lah penggemar tegar kek.. kena kuat imaaan :)



ABANG ALI :


  •  masih anggap si abang ni mcm baby je hihi kadang2 kami masih panggil dia adik ali... mungkin sebab dia manja dan tubuhnya yang halus gitu hihi
  • puting dan bear bucuk peneman setia... main mainan ape pon, last skali tetap dicarinya jugak bebear tuu.. suka ambik lengan bear dan cium2.. macam gambar kat atas tu laah..
  • "bekeng" orangnya.. ntah ikut perangai sape hihi
  • bab potong rambut, memang agak payah.. nak kena dia tidur baru leh trim.. sbb tu lah rambut belakang makin panjang.
  • akhir2 nih dia suka cari pasal ngn kakak.. asyik gaduuuuh je.. dah la tempik2.. adooooi


KAKAK AUNI :





  • bab cakaaap menang kat dia.. kita kata itu dia jawab ini.. ada je jawapannya
  • peneman setia dia tentulah puting dan tuala.. bila pi taska, tahu pulak dia tinggalkan dua benda tu dalam kereta.. maluuu katanya.
  • alhamdulillah.. dah boleh baca suku kata yang mudah2 macam dalam buku tu.. iqra' 1 pun dah lancar juga.. mudah-mudahan minatnya makin bertambah juga
  • rasa rugi je langgan ASTRO.. sbb kami selalu kalah.. menang kat dia je tengok chanel yang dia suka. sekarang channel 617, disney  XD.. rasa nak block je..



No comments: